Khamis, 3 Julai 2014

Mari-mari Tempahan Aneka Kuih Raya Ummi

Assalamualaikum semua dan selamat menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, bersyukur kita masih bernafas dan diberi peluang oleh Allah SWT utk beribadah di bulan mulia ini. Upss maaf Ummi bukan nak berceramah, cuma mengingatkan diri sendiri.

Untuk bulan Ramadhan kali ini Ummi nak memperkenalkan beberapa produk yang sememangnya dah lama Ummi buat.. dari sejak arwah emak ummi hidup lagi, cuma pasaran di alam maya ini..inilah kali pertama Ummi pasarkan. Jadi untuk posting pertama ini.. Ummi perkenalkan dulu kuih-muih dan biskut Raya dari resipi turun temurun Ummi.

Kuih ni baru siap tau, masih hangat dari Oven. Ummi mula start production minggu lepas dan dah ade ready stok untuk diorder.

1) Tart Nenas
RM28/bekas (50~54pcs)
Tart nenas dgn inti nenas istimewa dibuat sendiri oleh Ummi

Inti nenas yg banyak dan penuh disajikan utk kepuasan pelanggan
2) Coklat Chip
RM26/bekas (47~52pcs)
Coklat Chip yang rangup dan meletop
3) Kuih Arab/Suji
RM26/bekas (52~54pcs)
Kuih Arab/Suji Traditional
4. Nestum Chip
RM26/bekas (47~52pcs)
Nestum Chip yang rangup dihiasi dgn Kismis dan Buah Cherry
5. Hot Cornflakes
RM20/botol
Ini dia produk all season Ummi..enjoy!!
Harga boleh dirunding, kalau beli banyak, Ummi boleh bagi special discount. Diingatkan sekali lagi lagi..semua kuih muih adalah homemade dan jangan lepaskan peluang untuk merasa produk Resipi Ummi.

Setakat ini dulu posting Ummi.. nanti Ummi akan posting pula ttg produk yang lain spt Kuih Bangkit Kelapa, Kuih Kurma, Almond London dan yang paling istemewa Serunding Daging dan Serunding Ayam Resipi Ummi. Terima Kasih Semua!! Wsalam.

Jumaat, 12 Julai 2013

Senarai Kedai yang Menjual Produk Resipi Ummi

Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah Puasa kepada semua customer Resipi Ummi yang beragama Islam. Jangan lupa jadikan produk - produk Resipi Ummi sebagai santapan ketika berbuka dan juga ketika bersahur. Hot cornflakes yang berkhasiat dan juga kek coklat moist yang menyelerakan.

Entri kali ini Resipi Ummi ingin mewar-warkan outlet/kedai/agen2 yang menjual produk2 keluaran Resipi Ummi. Setakat ini cuma meliputi kawasan sekitar Shah Alam. InsyaAllah kami akan berkembang ke kawasan2 yang lain selepas ini. Bagi kawasan luar Shah Alam, kami masih menyediakan khidmat penghantaran. Senarainya seperti di bawah:
  • Kedai Runcit Ar-Raudhah, Seksyen 24
  • Kedai Rahmat, Seksyen 2
  • Kedai Mek Siti, Bangunan MAIS, Seksyen 3
  • Gerai di Masjid Negeri Shah Alam
  • Blok 4B, Kolej Melati, UiTM
Mari-mari dapatkan produk Resipi Ummi dan serikan lagi Ramadhan anda.

Rabu, 3 Julai 2013

Kek Coklat Moist Resipi Ummi

Kali ini Resipi Ummi ingin memperkenalkan produk baru kami iaitu Kek Coklat Moist (Moist Chocolate Cake).
Ianya amat sesuai untuk hidangan anda seisi keluarga. Kek coklat yang sangat sedap dan berkrim dgn lapisan coklat moist yang banyak!.
"taste it to believe it!".

Benda yang sedap akan bertambah lazat kalau dikongsi dengan saudara - mara dan rakan - rakan. Amat sesuai dijadikan sebagai doorgift untuk kenduri-kendara dan majlis2 keramaian.

Terdapat dalam beberapa saiz packaging(box).

Hot Sales: 180gram (+-5gram)
Harga mengikut tempahan:

10 ~ 50 box
Harga: RM 3.00/box
Kos penghantaran*: RM 10

51 ~ 100 box
Harga: RM 2.80/box
Kos penghantaran*: RM 10

lebih dari 101box
Harga: boleh dirunding
Kos penghantaran*: Percuma

Agen jualan secara consignment atau jualan secara borong amat dialu-alukan dgn harga yg istimewa.

*Kos penghantaran hanya utk kawasan sekitar Shah Alam. Tempat2 lain disekitar lembah kelang boleh dibincang.

Atau datang sendiri ke alamat operasi Resipi Ummi yang baru di Seksyen 24, Shah Alam.

Cepat hubungi kami dengan segera!

Kami dah Pindah

Pusat operasi Perniagaan Resipi Ummi telah berpindah ke alamat berikut:

No.20 Jalan Bayam Satu, 24/3A
Seksyen 24, 40000 Shah Alam.

Doakan kami lebih suksess di lokasi baru ini.

Rabu, 28 November 2012

Hot Cornflakes - Bungkusan utk Door Gift @ Berkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelanggan Resipi Ummi yang kami hormati. Bagi yang telah menikmati kelazatan hot cornflakes Resipi Ummi, diharap adunan kami menepati citarasa selera anda. Sebarang komen yang membina amatlah kami hargai dan bolehlah disalurkan melalui chat box, ruangan comment blog ini, di page facebook kami, emailkan ke resipiummi@gmail.com ataupun call/sms kami personally. Bagi yang belum lagi membuat order atau masih teragak-agak untuk mengorder, rugi wooo.. hotcornflakes Resipi Ummi adalah yang terhebat dipasaran. Sedap, rangup, berkhasiat dan semestinya halal!. Taste it to believe it!.

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini adalah tentang packaging untuk BERKAT atau DOOR GIFT majlis kenduri. Berikut adalah salah satu daripada cadangan pihak kami. Warna dan saiz bungkusan tertakluk kepada stock yang ada dan juga perbincangan dengan pihak pelanggan.





Amacam, ok tak packaging ni? so untuk tempahan sila hubungi kami melalui salah satu channel yg kami sediakan, samaada melaui email, facebook page, ruangan comment, chat box ataupun contact kami di 016-3367133.
Harga tempahan adalah seperti berikut:
  • Lebih dari 1,001 paket               = RM 1.20/pkt
  • Diantara 201 pkt dan 1,000 pkt  = RM1.40/pkt
  • Diantara 21 pkt dan 200 pkt       = RM 1.60/pkt
  • Kurang dari 20 pkt                     = RM 2.00/pkt
* Berat bersih hot cornflakes dalam setiap paket ialah 40 gram.
** Harga boleh dirunding
*** Tempoh anggaran seminggu diperlukan utk menyiapkan setiap tempahan.

Kepada yang akan berkenduri dalam masa terdekat ini, jangan tunggu-tunggu lagi, pasti tetamu anda berpuas hati dan mengingati majlis anda.

Ahad, 18 November 2012

Hot Cornflakes Packaging Option

Hot cornflakes/cornflake pedas sedap dimakan begitu sahaja. Snack berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga ketika santai, menonton tv, minum petang, kudapan di opis, dimana jua dan bila2 masa sahaja. Amat sesuai menggantikan snack 'junk food' yang tiada khasiat. Hot Cornflakes Resipi Ummi tiada perisa tiruan dan homemade. Semestinya HALAL.




Pilihan bungkusan hot cornflakes:
Botol Besar = RM 20.00 (berat: 550 gram)
Botol Kecil = RM 10.00 (berat: 285 gram)
Paket Plastik = RM 5.00 (berat: 115 gram)

Sesuai juga untuk dijadikan "berkat" utk para tetamu ketika kenduri. Bungkusan untuk berkat akan di postkan di entry yang akan datang. Jangan lupa "Taste it to believe it!".

* Juga terdapat dalam bungkusan 5 kg dengan harga yang berpatutan (refer previous posting)
** Tidak termasuk kos penghantaran.

Lokasi pemungutan barang (Pickup point)

No.12 Jalan PUJ 9/4, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Dan,

No.37 Jalan Tupai 3,
20/16C, Seksyen 20,
40300 Shah Alam, Selangor

Penghantaran percuma ke kawasan berhampiran boleh dibincang***

*** Tertakluk kepada kuantiti dan jarak.. (call dulu ye)

Rabu, 14 November 2012

Hot Cornflakes (Cornflake Pedas)

Hot cornflakes kini sedia untuk tempahan.
Snack home made yang sangat sedap dan berkhasiat! Sekali cuba pasti mahu lagi..
Resipi Ummi "dari hati untuk dinikmati"

Bahan-bahan utama:
Cornflakes, kacang tanah, ikan bilis, cili, gula, garam dan lain-lain.

Hot Cornflakes ResipiUmmi
Harga pengenalan:

500 gram = RM 20
1 kg = RM 35
5 kg = RM 150 (RM 30/kg)
Pembelian 10 kg dan lebih, harga boleh dirunding.

* harga tidak termasuk cost penghantaran.

Maklumat lanjut sila hubungi:
Jendra Fahrizan: 016-3367133
Siti Sarah: 012-3227301